Siasat tindakan pembangkang mohon Agong tamat darurat - Utusan Malaysia

Siasat tindakan pembangkang mohon Agong tamat darurat

OH TONG KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis perlu menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya mendapati tindakan atau kenyataan pemimpin pembangkang yang menyerahkan surat kepada Istana Negara kelmarin membelakangkan Yang di-Dipertuan Agong.

Sambil menyelar usaha dilakukan pemimpin pembangkang termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad itu, Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, tindakan tersebut jelas hanya bermotifkan kepentingan politik.

Dakwanya, pemimpin pembangkang berkenaan seolah-olah tidak mempedulikan isu keselamatam rakyat yang kini masih diancam pandemik Covid-19 yang juga menjadi sebab utama mengapa perintah darurat dikuatkuasakan.

Ujarnya, dalam situasi semasa pandemik itu yang semakin serius, pembangkang sepatutnya bersama-sama kerajaan mencari jalan bagaimana untuk melindungi rakyat, bukannya berterusan berusaha menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Kes harian Covid-19 terus meningkat dan ketika ini masih melebihi 2,000 sehari sekali gus memerlukan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengatasi isu kesihatan awam ini.

“Ini adalah sebab utama mengapa perintah darurat dilaksanakan dan pembangkang tidak sepatutnya menjadikan pengisytiharannya sebagai senjata untuk kepentingan politik mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin pembangkang antaranya Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Pengerusi Jawatankuasa Tamat Darurat, Khalid Samad hadir ke Istana Negara bagi memohon perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Kehadiran mereka bagi memohon perkenaan Seri Paduka Baginda untuk menamatkan darurat seperti yang dinasihatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada kadar segera.

Sementara itu, Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan negeri menambah, dakwaan pembangkang kononnya perintah darurat bertujuan untuk memanjangkan hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah tidak munasabah dan berniat jahat.

Ini kerana jelasnya, Perdana Menteri sudah beberapa kali menegaskan bersedia membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum (PRU) sekiranya kes Covid-19 reda.

“Sekiranya pembangkang benar-benar memikirkan mengenai keselamatan rakyat, mereka sepatutnya boleh menunggu dan bersabar untuk mengadakan PRU sehingga situasi dalam negara benar-benar selamat daripada pandemik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya