Ramai gagal jarak fizikal - Utusan Malaysia

Ramai gagal jarak fizikal

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bilangan kes ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam naik semula kepada 55 individu berbanding 42 individu ditahan kelmarin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 54 dikompaun manakala seorang direman dengan kes tertinggi dikongsi dua kesalahan iaitu gagal merekod butiran diri dan tiada jarak fizikal masing-masing 17 kes.

“Ini diikuti kesalahan lazim iaitu tidak memakai pelitup muka sebanyak 12 kes dan pelbagai lagi kesalahan yang lain (sembilan),” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Ismail Sabri, sebanyak enam orang pendatang asing tanpa izin telah diusir melalui Operasi Benteng dengan ebanyak 160 buah bot atau kapal yang dicurigai telah dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui 11 aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan.

Katanya, sebanyak empat buah kenderaan darat juga disita semalam manakala 256 sekatan jalan raya di seluruh negara dengan sembilan melibatkan Agensi Kawalan Sempadan dan 50 lagi oleh polis.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 553 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemuanya dikuarantin dengan 7,650 individu terbabit masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 76 hotel serta 10 buah institusi lain.

Katanya, seramai 1,412 individu terbabit telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, manakala 165,298 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas dikuarantin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 572 peruncit, 157 pemborong dan 31 pengilang.

Selain melakukan 1,457 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan kesemua premis ditinjau didapati mematuhi peraturan ditetapkan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.