Ramai ditahan tidak pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

Ramai ditahan tidak pakai pelitup muka

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah kes ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara, semalam, turun kepada 73 individu dicekup berbanding 111 individu ditahan kelmarin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 64 dikompaun manakala sembilan direman dengan kes tertinggi berubah pula kepada gagal memakai pelitup muka sebanyak 21 kes.

Ini ujar beliau, diikuti gagal merekod butiran diri di premis (14), aktiviti pusat hiburan (13), tiada penjarakan fizikal (enam), rentas kawasan (empat) dan pelbagai lagi kesalahan lain (15).

“Selain itu, lima pendatang asing tanpa izin ditahan manakala 20 lagi diusir melalui Operasi Benteng manakala sebanyak 160 bot atau kapal yang dicurigai telah dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” tegas Ismail Sabri.

Tiga kenderaan darat juga disita semalam manakala 256 sekatan jalan raya di seluruh negara dengan sembilan melibatkan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) dan 50 lagi oleh polis.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 694 individu tiba di tanah air semalam dengan sejumlah 8,133 individu terbabit masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 77 hotel serta 10 buah institusi latihan awam dan swasta di seluruh negara.

Katanya, seramai 1,369 individu terbabit dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, manakala 163,085 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas dikuarantin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya