Mayat warga asing ditemukan lebih 40 jam tertimbus tanah runtuh

Mayat warga asing ditemukan lebih 40 jam tertimbus tanah runtuh

ANGGOTA pasukan penyelamat membawa keluarga mayat warga Bangladesh yang ditemukan tertimbus lebih 40 jam dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Mayat seorang warga Bangladesh yang tertimbus lebih 40 jam dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing, di sini, ditemukan hari ini.

Mayat Md. Fahad Hossan, 27, dijumpai kira-kira pukul 12.55 tengah hari selepas operasi menggali timbunan tanah menggunakan jengkaut sejak kira-kira pukul 8 pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mangsa ditemukan berdasarkan isyarat daripada anjing pengesan Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Frankie.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, Frankie memberikan isyarat di satu lokasi yang dipercayai mempunyai kedudukan mangsa sebelum kerja-kerja penggalian menggunakan jengkaut dilakukan.

“Berdasarkan isyarat yang diberikan anjing K9, pasukan operasi dan menyelamat (SAR) menjalankan kerja penggalian di lokasi berkenaan dan mangsa akhirnya ditemukan pada pukul 12.55 tengah hari.

“Mayat mangsa kemudian dikeluarkan dari timbunan tanah sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi, Penguasa Bomba Mohd. Rosmaidi Baharuddin berkata, jengkaut terpaksa digunakan bagi membantu kerja menggali timbunan tanah runtuh yang dianggarkan setinggi 50 meter. 

Katanya, SAR mangsa dimulakan pada pukul 8.55 pagi dengan menggunakan sebuah jengkaut bagi memudahkan kerja-kerja menggali timbunan tanah.

“Mangsa dikeluarkan dari lokasi tertimbus dan diserahkan kepada pihak polis pada pukul 1.10 tengah hari,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga asing dikhuatiri tertimbus tanah runtuh ketika berada di dalam sebuah rumah kongsi di sebuah kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing di sini pada Jumaat lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN