PKPD di Kg. Dambai Inanam, Sabah - Utusan Malaysia

PKPD di Kg. Dambai Inanam, Sabah

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bakal dilaksanakan di seluruh Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu, Sabah selama 14 hari bermula esok susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di lokaliti itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, sebanyak 74 ujian saringan dilakukan dan daripada jumlah tersebut, enam kes positif wabak itu direkodkan dalam tempoh seminggu. 

 Ismail Sabri berkata, PKPD melibatkan lima lokaliti di Mukim Hulu Besut, Daerah Besut, Terengganu dilanjutkan membabitkan kawasan Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru, Kampung Keruak, Kampung Pak Sik dan Felcra Keruak sehingga 4 Mei ini.

” Setakat ini, sebanyak 107 kes positif dicatatkan daripada 2,077 ujian saringan selain masih lagi berlaku penularan dengan 22 kes sedang dirawat dan 160 sampel menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan bahawa dua lokaliti berbeza ditamatkan PKPD di Penjara Tapah di Lot 11233, KM 12, Jalan Tapah, Daerah Batang Padang, Perak.

Sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan melakukan 3,572 ujian saringan dan daripada jumlah tersebut, 921 kes direkodkan namun kini tiada lagi sampel menanti keputusan makmal.

Turut ditamatkan PKPD kata beliau, ialah Kampung Meruntum di Daerah Putatan, Bahagian Pantai Barat, Sabah yang mula dilaksanakan sejak 13 April lalu bagi mengelak penularan kes.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya