fbpx

24 Oktober 2021, 4:24 pm

  TERKINI

Pekhidmat rumah tangga bakal nikmati caruman Perkeso

M. Saravanan (kiri) menyampaikan faedah caruman kepada salah seorang penerima sempena Majlis Iftar Perkeso di Kuala Lumpur. - UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 104,400 pekhidmat rumah tangga dijangka mendapat manfaat daripada peluasan perlindungan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan berkata, peluasan itu membolehkan pekhidmat rumah tangga mendapat perlindungan seperti golongan pekerja lain.

“15,000 orang berstatus warganegara Malaysia dan pemaustautin tetap serta 89,400 pekerja warga asing akan mendapat manfaat kedua-dua akta itu.

“Kadar bayaran caruman oleh majikan dan pekerja akan mengikut kadar caruman semasa yang terpakai di bawah Akta 4 dan Akta 800,” katanya dalam sesi sidang media Majlis Iftar Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini.

Kata Saravanan,ckadar bayaran caruman oleh majikan dan pekerja mengikut kadar caruman semasa.

Pekhidmat rumah tangga akan mendapat kadar caruman bagi Akta 4 dan Akta 800 masing-masing adalah 2.25 peratus dan 0.4 peratus.

Dalam pada itu, Saravanan berkata, dalam usaha menangani Covid- 19 dan krisis ekonomi yang melanda negara ketika ini, Perkeso jelasnya menyelamatkan 2.72 juta tenaga kerja serta 300,000 syarikat yang terkesan pandedmik wabak itu.

“Seperti pemandu peribadi, tukang masak, penjaga anak dan sebagainya (mereka ini) tiada perlindungan jaringan keselamatan.

“Maka dengan peluaskan akta ini, kita dapat membantu golongan penting. Peluasan ini dijangka dapat dilaksanakan bermula 1 Jun 2021, selepas Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

Hadir sama dalam majlis itu, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Azizn Mohammed.

POPULAR

KOSMO! TERKINI