MAINS sasar kutipan zakat RM200j - Utusan Malaysia

MAINS sasar kutipan zakat RM200j

ABDUL Aziz Sheikh Ab Kadir (tengah) melakukan gimik perasmian Skim Wakaf Tunai Negeri Sembilan ketika Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan 2021 di Menara MAINS, Seremban, Negeri Sembilan. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyasarkan sebanyak RM200 juta kutipan zakat bagi tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata, jumlah tersebut lebih tinggi berbanding hasil kutipan tahun lepas iaitu berjumlah RM143.56 juta.

Katanya, daripada jumlah yang dikutip itu, RM139 juta adalah zakat harta dan selebihya zakat fitrah.

“Sasaran tahun ini kita tetapkan sebanyak RM200 juta. Kalau tidak dapat, kurang sikit dari RM200 juta tetapi lebih daripada tahun lalu pun sudah baik.

“Walaupun tahun 2020 kita dilanda dengan pandemik Covid-19, MAINS masih mampu mengutip zakat sebanyak RM140 juta setahun,” katanya selepas merasmikan Bulan Wakaf Negeri Sembilan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya