Lelaki Pakistan pengsan kemaluan dipotong - Utusan Malaysia

Lelaki Pakistan pengsan kemaluan dipotong

RAMSAY ANAK EMBOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan lelaki warga Pakistan yang duduk seorang diri di sebuah tasik bertukar tragedi apabila kemaluannya dipotong oleh beberapa individu tidak dikenalinya dalam kejadian di Tasik Alam Impian, Seksyen 35 di sini Ahad lalu.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa tidak sedarkan diri dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, kejadian berlaku apabila mangsa sedang duduk seorang diri di kawasan tasik berkenaan.

Menurutnya, bagaimanapun, mangsa telah dihampiri kira-kira empat hingga enam lelaki yang kononnya bertanyakan sesuatu kepadanya.

“Namun, salah seorang daripada lelaki berkenaan bertindak memarahi dan menarik seluar mangsa ke bawah sebelum bertindak memotong kemaluannya sehingga menyebabkan dia pengsan.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau lain lain objek yang berbahaya.

“Jika sabit bersalah, mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan atau denda,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya