Kenyataan Abdul Hadi tak jelas - Khaled - Utusan Malaysia

Kenyataan Abdul Hadi tak jelas – Khaled

MOHAMED Khaled Nordin (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima dalam majlis penyerahan Insentif Agenda Johor Berkebajikan e-Kasih 2021 di Dewan Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor. - UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempersoal kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu perlu menyelesaikan masalah dalaman sebelum berunding agihan kerusi dengan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas Menteri Besar itu berkata, UMNO tidak mempunyai masalah dalaman sebaliknya perbezaan pendirian adalah perkara biasa dalam sesebuah parti politik.

“Kenyataan Abdul Hadi tidak jelas, apa maksudnya dengan masalah dalaman UMNO, soal nak runding dengan sesiapa UMNO memang tiada masalah. Kita dah setuju lantik Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) untuk melakukan rundingan kerusi (menerusi gabungan Muafakat Nasional-MN).

“Tiada siapa cakap tidak setuju, saya sebenarnya tak faham apa masalahnya kerana UMNO tiada masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Insentif Agenda Johor Berkebajikan e-Kasih 2021 di Dewan Taman Cendana di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menasihatkan UMNO agar segera menyelesaikan masalah dalaman bagi membolehkan rundingan agihan kerusi dengan Pas pada PRU-15 disambung semula.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, perbincangan mengenai isu itu masih lagi ditangguhkan bagi memberi ruang buat rakan sekutunya dalam MN menentukan hala tuju kerjasama.

Mohamed Khaled berkata, UMNO tetap berhasrat untuk menyokong dan memantapkan kerjasama dengan Pas menerusi gabungan MN.

Dalam program berkenaan, beliau yang juga Pengerusi Yayasan Pasir Gudang menyampaikan sumbangan berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh dua bulan kepada sebahagian daripada 783 penerima yang tersenarai dalam e-Kasih bagi meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri.

Bagi program tersebut, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) memperuntukkan RM469,800 untuk diserahkan kepada penerima yang layak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya