KBS teliti kategori sukan sebagai penerima vaksin fasa berikutnya - Utusan Malaysia

KBS teliti kategori sukan sebagai penerima vaksin fasa berikutnya

REEZAL MERICAN NAINA MARICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti beberapa nama atlet dalam kategori sukan utama atau penting untuk diberikan keutamaan dalam senarai penerima suntikan vaksin Covid-19 untuk fasa berikutnya.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, antara yang akan dipertimbangkan termasuk pemain bola sepak yang beraksi dalam saingan anjuran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) serta mana-mana atlet yang beraksi untuk kejohanan dunia lain selain Sukan Olimpik.

Buat masa ini jelas beliau, suntikan vaksin bagi kumpulan pertama akan diberikan kepada 264 atlet serta pegawai yang akan ke Sukan Olimpik di Tokyo (Jepun) bermula 13 April ini.

“Tarikh suntikan itu dibuat juga bersempena 100 hari ‘countdown’ untuk ke Sukan Olimpik yang dijangka berlangsung pada pertengahan Julai depan,” katanya.

Terdahulu katanya, KBS telah menghantar 4,000 senarai nama atlet dan pegawai untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin dalam fasa pertama.

Dalam pada itu, beliau berharap program Kanvas Visi Sukan Negara (VSN2030) yang dilancarkan kelmarin dapat membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

“Saya mulakan dengan program kanvas ini kerana ‘sport is the property of people’ (sukan itu adalah harta rakyat) iaitu satu proses daripada komuniti ke komuniti yang lain dan sebagainya,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya