JKKN sedia RM77,000 untuk enam pertubuhan - Utusan Malaysia

JKKN sedia RM77,000 untuk enam pertubuhan

MESRAN Mohd. Yusof (duduk, tengah) bersama barisan NGO yang memperoleh peruntukan dan bantuan untuk mempertingkatkan lagi seni dan budaya di Perpustakaan JKKN di Kuantan, Pahang. UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) Pahang memperuntukkan RM77,000 kepada enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seni budaya di negeri ini untuk berkarya menghasilkan produk berimpak tinggi bagi tempoh setahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Mesran Mohd. Yusop berkata, peruntukan yang disalurkan itu bagi menggalakkan aktiviti seni budaya dapat dijalankan walaupun melibatkan kos yang rendah.

“Peruntukan itu sebagai insentif seni bagi menggalakkan NGO seni budaya dapat menghasilkan lebih banyak kandungan tempatan yang baharu.

“Sepanjang tahun lalu, kami menerima 12 permohonan daripada NGO seni budaya di Pahang, namun hanya enam yang diluluskan selepas beberapa penilaian dibuat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Perpustakaan JKKN Pahang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mesran berkata, selain dalam bentuk kewangan, pihaknya turut menyediakan insentif seni kepada NGO seni budaya dalam bentuk ruang, kepakaran dan khidmat nasihat serta mempromosi melalui medium digital dan media sosial.

“Untuk memohon insentif tersebut mereka (NGO) perlu memenuhi syarat ditetapkan termasuk berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 atau dengan mana-mana pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, tentang Perpustakaan JKKN, beliau berkata, sebanyak 400 buku-buku koleksi terbitan JKKN dan seni budaya lain juga ditempatkan di situ bagi dijadikan bahan rujukan untuk orang ramai.

“Melalui perpustakaan yang selasa dan santai ini, saya harapkan agar lebih banyak NGO, pengkaji-pengkaji, pelajar kolej serta universiti dan pelajar sekolah mengunjungi perpustakaan ini.

“Bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik, JKKN Pahang akan bekerjasama dengan Perpustakaan Awam Negeri Pahang dalam memberi latihan kepada kakitangan cara menguruskan perpustakaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya