Honda City, 5 motosikal hangus dalam kebakaran sebuah rumah - Utusan Malaysia

Honda City, 5 motosikal hangus dalam kebakaran sebuah rumah

SEBANYAK enam buah kenderaan masing-masing sebuah kereta jenis Honda City dan lima buah motosikal hangus dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Betik Manis, Bukit Mertajam, Pulau Pinang kira-kira pukul 7 malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak enam buah kenderaan masing-masing sebuah kereta dan lima motosikal musnah dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Taman Betik Manis, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian melibatkan  rumah berkeluasan kira-kira 93 meter persegi itu pukul 7.02 malam.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan 90 peratus struktur rumah tersebut hangus namun tiada mangsa terlibat.

“Akibat kejadian itu, sebuah kereta jenis Honda City dan lima buah motosikal yang diletakkan di hadapan rumah turut musnah,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Jurucakap itu berkata, api berjaya dikawal oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda dan Bukit Mertajam pukul 7.21 malam.

Tambahnya, punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami pemiliknya masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya