Hakim ada keinginan untuk sabitkan Najib - Peguam - Utusan Malaysia

Hakim ada keinginan untuk sabitkan Najib – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak menghujahkan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali mempunyai keinginan untuk mensabitkan bekas Perdana Menteri itu dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.

Peguam, Farhan Read ketika berhujah menyatakan, tindakan tersebut boleh dilihat melalui penghakimannya di akhir kes pembelaan yang dikatakan telah berevolusi daripada dapatan yang dibuat daripada keputusan prima facie.

“Kelihatan hakim seperti mempunyai satu keinginan untuk mensabitkan perayu (Najib). Hakim mempunyai motivasi untuk mensabitkan perayu. Undang-undang jenayah tidak boleh digunakan untuk untuk mensabitkan perayu, beliau sudahkan `disabitkan’ dengan (kekalahan) sewaktu pilihan raya terdahulu,”katanya.

Peguam terbabit berhujah demikian pada hari keenam rayuan Najib terhadap sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu. SRC International merupakan syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rayuan tersebut didengar oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Pihak pembelaan dijangka akan menggulung hujah mereka hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya