Guna dana KWAN ancam masa depan negara - Utusan Malaysia

Guna dana KWAN ancam masa depan negara

FAIZ FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) meluluskan undang-undang baharu untuk membelanjakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) adalah manipulasi proklamasi darurat dan penggantungan Parlimen.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil berkata, Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 kini dikhuatiri sedang mengancam masa depan negara dan mengkhianati generasi akan datang.

“Penggantungan Parlimen memudahkan PN menukar undang-undang sewenang-wenangnya tanpa proses semak imbang oleh ahli Parlimen dipilih rakyat.

“Kerajaan harus membatalkan niat untuk menggunakan dana KWAN untuk perbelanjaan kerajaan. Jika kerajaan boleh membayar gaji begitu banyak untuk Kabinet besar kerajaan PN yang gagal, sudah semestinya kerajaan boleh mencari dana tambahan tanpa menjarah simpanan masa depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rabu lalu, kerajaan meluluskan undang-undang untuk menggunakan dana KWAN untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Ia dilakukan melalui pewartaan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021. Mengikut Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, dana itu dibayar melalui Kumpulan Wang Disatukan dan Petronas.

Tindakan kerajaan PN tu menimbulkan reaksi berbeza daripada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan yang bimbang dengan tindakan kerajaan ang tiba-tiba memerlukan dana KWAN walaupun tambahan peruntukan program imunisasi ditambah ke RM5 bilion telah dibuat sebulan lalu.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz berkata, setakat tahun 2018, nilai simpanan KWAN hanya RM17.4 bilion dengan meletakkan Petronas sebagai penyumbang tunggal.

Jumlah tersebut sangat kecil berbanding sumbangan Petronas bernilai RM1.2 trilion yang disalurkan ke dalam simpanan kerajaan.

Menurut beliau, ia jauh berbeza jika dibandingkan dengan ‘oil trust fund’ di Norway yang merupakan antara terbesar di dunia dengan anggaran nilai 1.2 trilion dolar US setakat tahun lalu.

“Hakikatnya, kita tidak ada simpanan mencukupi untuk generasi akan datang. Sumber petroleum ini terhad dan akan pupus juga pada satu hari ini. Ada anggaran kerajaan yang mengatakan rizab petroleum akan pupus seawal 2029, jika telaga baharu tidak ditemui.

“Padahal dana KWAN ini sepatutnya menjadi sokongan fiskal masa hadapan apabila sumber asli seperti petroleum pupus,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya