Dari 10,000, kini 6,000 pelitup muka terpakai dikutip - Utusan Malaysia

Dari 10,000, kini 6,000 pelitup muka terpakai dikutip

SEORANG kakitangan MBSP menunjukkan beberapa sampel pelipat simpanan pelitup muka yang diberikan oleh MBSP dalam usaha mengurangkan pembuangan pelitup muka dalam kalangan orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Jumlah pelitup muka terpakai yang dikutip kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) atau ‘Wira Oren’ di tempat-tempat awam kini berkurangan kepada 6,000 keping sehari berbanding kira-kira 10,000 keping bulan lepas.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, pencapaian itu diperoleh hasil tindakan proaktif pihaknya untuk mengurangkan jumlah pembuangan pelitup muka tersebut.

Jelasnya, susulan laporan kira-kira 10,000 pelitup muka dibuang sehari sebelum ini, MBSP mengeluarkan 2,000 notis kepada pengilang serta pemilik premis perniagaan untuk mengambil maklum perkara berkenaan.

“Alhamdulillah, ‘random counting’ (pengiraan rawak) berikutnya kita dapati hanya sekitar 6,000 keping pelitup muka dipungut dalam sehari terutamanya di kawasan letak kereta serta tempat awam lain,” katanya pada majlis penyerahan pelipat simpanan pelitup muka di Menara Bandaraya di sini hari ini.

Sebanyak 15,000 pelipat simpanan pelitup muka diedarkan kepada warga MBSP sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan pembuangan pelitup muka terpakai pada majlis tersebut.

Menurut Rozali, rekaan pelipat simpanan penutup muka yang ‘mesra pengguna’ itu secara tidak langsung turut memberikan pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai khususnya warga MBSP mengenai cara pelupusan pelitup muka yang betul.

Pada masa sama katanya, pelipat simpanan pelitup muka dapat mengurangkan risiko pelitup muka terjatuh atau tercemar sewaktu pelitup muka ditanggal buat sementara waktu.

Dalam perkembangan berasingan beliau berkata, sehingga kini seramai 391 daripada 728 orang wira barisan hadapan MBSP yang mendaftar telah dipanggil untuk menerima suntikan di pusat pemberian vaksinasi di seluruh Seberang Perai.

“Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada seorang pun Ahli Majlis MBSP yang telah diberikan vaksin.

“Jadi, saya memohon Ahli Majlis MBSP juga diberikan keutamaan untuk mendapat suntikan vaksin kerana mereka juga hampir saban hari membantu rakyat di lapangan serta turut berdepan dengan risiko jangkitan virus Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya