Cadangan pengguguran Bee Yin tidak pernah dibincang - Utusan Malaysia

Cadangan pengguguran Bee Yin tidak pernah dibincang

YEO BEE YIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kabinet dan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tidak pernah membincangkan cadangan mengugurkan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin sebagai Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara tersebut tidak pernah disentuh sama ada melalui perbincangan format atau tidak.

“Dalam kabinet tak pernah dibincangkan, malah dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pun tak pernah dibincangkan. Secara formal kita tak pernah bincang,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dalam bukunya bertajuk Lim Kit Siang: Patriot. Leader. Fighter.

Dalam buku tersebut, Chin Tong yang juga bekas Timbalan Menteri Pertahanan mendakwa timbul cadangan menggantikan Bee Yin oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu Ogos 2019.

Dakwa beliau Dr. Mahathir mahu melantik orang lain menggantikan Bee Yin kerana ketegasannya berhubung isu Lynas dan isu-isu lain berkaitan alam sekitar.

Bagaimanapun katanya, pemimpin PH berjaya menghalang Dr. Mahathir daripada melaksanakan rombakan kabinet dan Bee Yin kekal sebagai menteri- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya