Banyak negara alami lonjakan kes positif - Utusan Malaysia

Banyak negara alami lonjakan kes positif

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia bukan satu-satunya negara yang mengalami lonjakan mendadak kes positif Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia susulan data terbaharu yang diterbitkan Pusat Sains Sistem dan Kejuruteraan (CSSE) Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat (AS).

Katanya, data terbabit menunjukkan sehingga 20 April lalu, jumlah kes positif yang direkodkan di seluruh dunia melonjak kepada 142.71 juta kes,dengan angka kematian melebihi 3.04 juta.

“Amerika Syarikat adalah negara paling teruk terjejas dan berada pada kedudukan tertinggi dari segi jumlah kes dan kematian, masing-masing sebanyak 32,475,043 dan 581,542 kes diikuti India pada kedudukan kedua tertinggi dengan 15,317,714 kes dan pertambahan sebanyak 96,982 kes baharu.

“Pada awal tahun 2021, India hanya mencatatkan kurang dari 20,000 kes baharu, namun kes telah melonjak bermula awal April tahun ini manakala Indonesia pula mencatatkan jumlah peningkatan kes yang ketara sejak 14 hari lepas, dengan purata sebanyak 5,453 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, Thailand pula merekodkan 1,547 kes baharu dan dua kematian dalam tempoh 24 jam lepas di mana jumlah terkini kes baharu itu mencatatkan lebih 1,500 kes harian dalam masa tiga hari berturut-turut selepas hanya mencatatkan purata kes harian kurang dari 100 kes pada 4 April lalu.

“Situasi peningkatan kes yang sama dapat dilihat di Malaysia di mana kes terkini yang direkodkan adalah berjumlah 379,473 kes dengan pertambahan kes baharu sebanyak 2,341 kes hari ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, setiap negara perlu memastikan semua data seharian dan data klinikal kes adalah tepat dan sahih manakala sistem pengurusan data yang digunakan perlulah telus dan mempunyai integriti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya