Bank Islam serah zakat RM180,000 kepada MAIPs - Utusan Malaysia

Bank Islam serah zakat RM180,000 kepada MAIPs

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan majlis serahan sumbangan zakat dari Bank Islam Malaysia Berhad kepada MAIPs di Masjid Al-Hakim Padang Malau, Beseri, Padang Besar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR : Bank Islam Malaysia Bhd. menyerahkan sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM180,000 bagi tahun kewangan 2020 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Hakim Padang Malau, Beseri di sini hari ini.

Penyerahan sumbangan zakat itu disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Bhd., Mohd Muazzam Mohamed kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor sambil disaksikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang berkenan berangkat pada majlis tersebut.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Program tersebut turut disekalikan dengan aktiviti hijrah minda MAIPs bilangan ke-13 bagi tahun 2021.

Pada majlis sama, turut diadakan penyampaian sumbangan pandemik Covid-19 Yayasan Pelindung Kesedaran dan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPKPJM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada pihak MAIPs.

Serentak dengan itu, MAIPs turut menyampaikan sumbangan zakat kepada 30 asnaf terpilih dari kalangan anak kariah masjid berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya