Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor meninggal dunia

ALLAHYARHAM ABDUL RAHMAN BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira pukul 3.40 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 89 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam.

Berita kematian ayahanda Tengku Permaisuri Norashikin itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Selangor Royal Office.

Allahyarham akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam di sini selepas solat Zohor hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Facebook rasminya merafak sembah takziah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin atas pemergian ayahanda Tengku Permaisuri Selangor.

“Mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan dosa dan ditempatkan di kalangan mukmin yang soleh serta mendapat husnul khatimah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN