Angka ingkar SOP turun semula, ramai dicekup di pusat hiburan - Utusan Malaysia

Angka ingkar SOP turun semula, ramai dicekup di pusat hiburan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah kes ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam turun setelah naik sehari sebelumnya itu.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 137 individu diberkas semalam berbanding 248 individu dicekup kelmarin dan enam individu ditahan Jumaat lalu.

“Daripada jumlah berkenaan, seramai 114 dikompaun manakala 10 lagi ditahan reman dan baki 13 pesalah telah pun bebas dijamin,” kata beliau menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Aktiviti pusat hiburan menyumbang kes tertinggi iaitu 71 diikuti kes merentas kawasan tanpa kebenaran (32), tidak merekod butiran diri (19), gagal jarak fizikal (lima) dan lain-lain (10).

Mereka ujar beliau dicekup Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan 59,908 pemeriksaan melibatkan penugasan sejumlah 3,309 pasukan di seluruh negara.

Ia membabitkan seramai 14,602 anggota dengan mereka memantau sebanyak 1,778 tempat riadah, 3,214 rumah ibadah, 829 pejabat kerajaan serta 2,543 buah pasar awam atau tani.

Juga sejumlah 5,237 restoran, 4,189 pasar raya, 2,923 penjaja, 3,740 bank, 2,017 kilang, selain 1,429 terminal pengangkutan awam darat, 384 terminal air dan 128 terminal udara.

Seramai tiga orang pendatang asing tanpa izin ditahan selain dua lagi diusir melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan negara dan penularan wabak Covid-19.

“Sebanyak 49 buah bot atau kapal yang dicurigai telah dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” tegas Ismail Sabri. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya