Agro-YES mampu imbangi sasaran usahawan berjaya - Utusan Malaysia

Agro-YES mampu imbangi sasaran usahawan berjaya

CHE ABDULLAH MAT NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Produk Agro-Youth Entrepreneur Scheme (Agro-YES) yang dihasilkan di bawah pembiayaan khas Agropreneur Muda diyakini mampu mengimbangi pengurangan sasaran jumlah usahawan muda di bawah program Geran Agropreneur Muda (GAM) ketika ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ini kerana pihaknya hanya meletakkan sasaran penglibatan sehingga 750 usahawan muda di seluruh negara dengan nilai peruntukan sebanyak RM15 juta tahun ini.

Katanya, jumlah itu rendah jika dibandingkan dengan peruntukan hingga lebih RM21 juta yang diberikan kepada 1,149 usahawan muda terpilih tahun lepas.

“Saya berharap anak muda atau usahawan-usahawan muda ini akan memanfaatkan sepenuhnya Agro-YES yang kita perkenalkan ini.

“Kita di MAFI (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) akan sentiasa bergerak untuk menghulurkan bantuan kepada mana-mana usahawan yang memerlukan walaupun sepanjang tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika mengunjungi seorang usahawan projek pemprosesan Base Pizza Anuar, Nur Adila Anuar, 32, di Kubang Semang di sini, sempena sesi lawatan kerja seharinya ke Seberang Perai hari ini.

Selain usahawan tersebut, Che Abdullah juga berpeluang melawat dan meninjau perkembangan tiga lagi usahawan muda iaitu masing-masing dalam bidang ternakan biri-biri dan tenusu, tanaman sayuran serta pemprosesan produk ‘yee mi’.

Keempat-empat usahawan tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 51 penerima GAM 2020 di negeri ini yang membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM0.96 juta.

Terdahulu, beliau turut berkesempatan menyampaikan cek GAM kepada sembilan usahawan muda yang mewakili semua penerima di setiap jabatan dan agensi di MAFI ketika sesi lawatannya pada sebelah pagi di Kelapa Batas. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya