1,767 kes positif; 1,290 kes sembuh; 12 kematian; 9 kluster - Utusan Malaysia

1,767 kes positif; 1,290 kes sembuh; 12 kematian; 9 kluster

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19, 1,767 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 1,290 kes.

Sebanyak 12 kematian dan sembilan kluster direkodkan manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 18,300 kes berbanding semalam iaitu 15,835 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 199 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 82 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak terus merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu 607 kes diikuti Selangor, 483 kes; Kuala Lumpur, 133 kes; Sabah, 117 kes dan Kelantan, 103 kes.

“Negeri yang merekodkan kes dua angka pula iaitu Pulau Pinang, 92 kes; Johor, 74 kes; Kedah, 39 kes; Perak, 36 kes; Negeri Sembilan, 29 kes; Melaka, 17 kes; Pahang, 14 kes dan Terengganu, 13 kes.

“Baki negeri seperti Putrajaya, tujuh kes; Labuan, tiga kes manakala Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, 12 kematian melibatkan warga tempatan iaitu Sabah dan Sarawak masing-masing empat kes, tiga kes di Selangor, dan satu kes di Terengganu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya