145,679 pelajar sekolah menengah di Kedah mulakan pembelajaran bersemuka - Utusan Malaysia

145,679 pelajar sekolah menengah di Kedah mulakan pembelajaran bersemuka

Gambar hiasan -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 145,679 pelajar sekolah menengah di seluruh negeri ini memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Rozaini Ahmad berkata, kesemua pelajar itu daripada 202 buah sekolah menengah di negeri ini.

“JPN akan memastikan seluruh warga sekolah terutama pelajar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kita juga mempunyai pasukan pemantau khas pematuhan SOP di semua sekolah rendah dan menengah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya juga telah melakukan pemantauan di sekolah-sekolah menengah yang mempunyai asrama semalam.

Sementara itu, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, seramai 1,126 pelajar memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.

Pelajar tingkatan tiga hingga lima memulakan sesi pagi pada pukul 7.45 pagi hingga 1.15 tengah hari diikuti pelajar tingkatan satu dan dua pada sesi petang yang tamat pukul 5.30 petang.

Pengetua SMK Kuala Nerang, Suhaslin Ali berkata, sekolah akan mengikuti segala SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara sepanjang sesi persekolahan.

“Pelajar perlu sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal yang mana dua sesi persekolahan sedikit sebanyak memudahkan pihak sekolah untuk memantau pelajar.

“Waktu rehat pula pelajar tidak dibenarkan untuk ke kantin dan hanya makan di dalam kelas,” ujarnya.

Tambahnya, penyuraian waktu pulang dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan pelajar berkumpul. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya