14 termasuk dua adik Datuk Nicky didakwa terlibat dalam kumpulan jenayah terancang  - Utusan Malaysia

14 termasuk dua adik Datuk Nicky didakwa terlibat dalam kumpulan jenayah terancang 

SERAMAI 14 individu termasuk dua adik ahli perniagaan yang diburu Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky' membabitkan ahli perniagaan perniagaan itu. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 14 individu termasuk empat warganegara China didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan terlibat dengan kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’.

Mereka termasuk dua adik-beradik ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee iaitu Datuk Liow Wei Kin dan Datuk Liow Wei Loon.

Ahli perniagaan itu dan isterinya Niu Zhe masing-masing yang merupakan tertuduh ke-14 dan ke-16 bagaimanapun tidak hadir bagi menghadapi pertuduhan dan dikenakan waran tangkap selepas pihak polis gagal mengesan mereka.

Mereka yang didakwa adalah Lee Han Keat, Lee Kam Onn, Datuk Lee Kum Wong, Eee Eng Chee, Dr. Jovian Joris Tan Chern Chian, Datuk Loo Siew Chin, Lim Kang Li, Datuk Seri Andrew Lim Kim Ming.

Turut didakwa empat warga China iaitu Huang Lei dan isterinya, Wang Yu Jun, Gu Xing Qiong serta Jiang Xue.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh berikutan kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, 13 tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ di antara 1 Januari 2017 dan 20 Mac lalu di kawasan Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Puchong di sini.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574), yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu, hanya tertuduh Kim Ming didakwa membantu kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ di kawasan Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di sini antara 1 Januari 2017 dan 29 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan (Akta 574), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun jika sabit kesalahan.

Hakim Jamaludin Mat menolak permohonan semua tertuduh untuk dibebaskan dengan jaminan.

Mahkamah menetapkan 22 April ini untuk sebutan bagi mendapatkan izin memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya