100kg kayu gaharu Vietnam dirampas - Utusan Malaysia

100kg kayu gaharu Vietnam dirampas

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 100 kilogram kayu gaharu diimport dari Vietnam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebanyak 100 kilogram kayu gaharu yang diimport dari Vietnam bernilai RM14,821.66 dirampas pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Selasa lalu.

Rampasan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada pukul 3 petang di kawasan pemeriksaan Maqis Kargo KLIA.

Pemangku Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, ketika pemeriksaan pengisytiharan dilakukan, pihaknya mendapati dagangan pertanian berkenaan tidak mempunyai permit import yang dikeluarkan Maqis.

“Sehubungan itu barang dagangan tersebut disita dan disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zamri, perbuatan mengimport hasil pertanian tanpa permit import yang sah adalah menjadi suatu kesalahan.

“Denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Katanya, Maqis sentiasa teliti dan cekap dalam memperketatkan kawalan di pintu masuk negara bagi mengelakkan kemasukan dagangan diimport bersama penyakit dan perosak yang boleh menjejaskan industri negara selain perlu mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya