Yayasan Bank Rakyat sumbang bantuan persekolahan - Utusan Malaysia

Yayasan Bank Rakyat sumbang bantuan persekolahan

Majlis penyerahan sumbangan Yayasan Bank Rakyat sebanyak RM75,000 kepada 500 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Tambun yang diadakan baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMBUN: Yayasan Bank Rakyat menyediakan peruntukan sebanyak RM75,000 kepada 500 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Tambun termasuk 160 pelajar Orang Aasli, bagi menerima bantuan persekolahan sempena dengan Program Kembali ke Sekolah Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Prihatin dengan kekangan yang dihadapi oleh pelajar sekolah rendah dan menengah yang bakal memulakan persekolahan pada Mac ini, sesi penyerahan disempurnakan oleh Pengurus Jabatan Program YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman mewakili Pengerusinya Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

“Kami bukan sahaja menyasarkan bantuan ini diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan dari masyarakat tempatan malahan juga masyarakat orang asli, untuk membuat persiapan persekolahan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Mukhti berkata seramai 160 orang murid Orang Asli turut menerima bantuan berbentuk set pakaian, stokin dan kasut serta beg sekolah bagi sesi persekolahan yang baru saja bermula pada 4 Mac lalu.

Inisiatif itu diharap dapat membantu mereka yang memerlukan dan juga menaikkan semangat murid-murid ini untuk ke sekolah sama seperti mereka yang bernasib baik.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Yayasan Aiman, Datuk’ Aminuddin Hanafiah; Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Azizul Kama Abd Aziz; Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Generasi Muda Tambun, Faridzul Azlan Abd Shani; Guru Besar SK. Dato Ahmad Said Tambahan, Noorhayati Saha; Pengerusi Pembangunan Wanita Tambun, Surai Husin dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung KG Dato Ahmad Said Tambahan, Hasanuddin Jiran.

Program bantuan persekolahan anjuran YBR itu akan diagihkan ke 135 lokasi lain yang telah dikenal pastibagi membantu keluarga serta murid-murid yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik.

Ini kerana program bantuan itu juga bertujuan membantu meningkatkan pencapaian pendidikan di negara ini sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan.

Sehingga tahun lalu, seramai 33,721 murid telah menerima manfaat melalui bantuan ini dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM3.87 juta.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya