Warga Vietnam dicari polis kes kematian rakan senegara - Utusan Malaysia

Warga Vietnam dicari polis kes kematian rakan senegara

Phan Tien Ngoc yang dikehendaki polis melibatkan kes kematian rakan senegara di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang warganegara Vietnam dikehendaki bagi membantu siasatan kematian rakan senegaranya yang dipercayai ditikam dengan pisau dalam kejadian di Kampung Yap Tau Sah pada 26 Januari lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng, mangsa yang berusia 24 tahun dan bekerja kontrak meninggal dunia dipercayai akibat ditikam pada bahagian perut.

“Sehubungan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sedang memburu seorang individu yang dikenali sebagai Phan Tien Ngoc, 38, seorang warganegara Vietnam, suspek dikehendaki bagi membantu Siasatan kes 302 Kanun Keseksaan.

“Dalam kejadian itu, Pusat Kawalan Daerah (PKD) Kluang dimaklumkan oleh anggota bertugas di pondok polis Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom mengenai kejadian seorang lelaki warganegara Vietnam dihantar ke unit kecemasan hospital itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hang Seng berkata, mangsa cedera parah di bahagian perut dan semasa menerima rawatan di unit kecemasan mangsa disahkan meninggal dunia.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu berkenaan boleh menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis berdekatan.

“Kerjasama orang ramai amat dialu-alukan demi menjaga kedaulatan undang-undang negara dan kesejahteraan masyarakat khususnya di negeri ini dan Malaysia khususnya,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya