Bantu kerajaan jaga sumber air bersih - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Bantu kerajaan jaga sumber air bersih – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rakyat diminta bersama-sama dengan kerajaan untuk memastikan kelestarian air bersih sekali gus menjadikan  sektor air di negara ini berdaya maju dan setanding dengan sektor tenaga.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sendiri telah merangka lima strategi untuk memastikan sumber air diurus dengan baik, selamat dan terjamin untuk generasi masa hadapan

“Bersempena Hari Air Sedunia, saya berharap agar kita semua dapat bersama-sama Kerajaan dalam merealisasikan lima strategi untuk bersama-sama menghargai air,” katanya dalam ucapan sempena Hari Air Sedunia 2021 Peringkat Kebangsaan, hari ini.

Perdana Menteri berkata, lima strategi itu ialah menjaga kelestarian sumber air dengan tidak mencemarkan saliran dengan bahan buangan seperti sisa pepejal, kumbahan dan sebagainya dengan memastikan semua air sisa itu dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke sungai.

Strategi kedua pula, kata Perdana Menteri, mendekatkan dan menggerakkan komuniti setempat melalui pelaksanaan program Denai Sungai Kebangsaan (DSK).

Muhyiddin berkata, strategi ketiga ialah mengindahkan tebing sungai melalui aktiviti gotong royong membersihkan sampah dan penanaman pokok untuk memupuk semangat kebertanggungjwaban bersama.

“Strategi keempat ialah menghargai air dengan menjimatkan penggunaan air dalam kehidupan seharian melalui penggunaan produk cekap air dan pengurangan penggunaan air perkapita bagi penduduk Malaysia

“Strategi kelima merangsang aktiviti ekonomi setempat seperti river eco-tourism melalui nature based activities,” katanya.

Pada masa sama Muhyiddin berharap agar dengan ikhtiar melaksanakan kelima-lima strategi itu, ia bukan sahaja akan dapat terus menikmati air yang bersih untuk jangka waktu yang berpanjangan.

Pasda masa katanya, sektor air negara akan ditransformasikan daripada sektor sokongan kepada enjin penggerak yang dinamik melalui Transformasi Sektor Air 2040 (WST 2040).

Perdana Menteri berkata, sektor air negara adalah sektor yang mampu berdaya maju setanding dengan sektor tenaga sekali gus menjadi satu sektor yang bakal menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara merangkumi pertumbuhan sosial dan alam sekitar.

Menurut beliau, WST 2040 akan memastikan jaminan air kepada semua rakyat Malaysia dan menjadikan sektor air sebagai sektor ekonomi utama dalam menjana pendapatan dan peluang pekerjaan.

Dalam hal ini, jelas Perdana Menteri, WST 2040 juga mendokong matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama yang bertujuan menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia pada tahun 2030.

Pada masa kata Muhyiddin, Malaysia juga mempunyai simpanan air bawah tanah yang banyak iaitu anggaran lima trilion meter padu.

“Secara teorinya, Malaysia mempunyai sumber air yang cukup.

“Bagaimanapun, sumber yang banyak ini perlu diurus dengan baik dan berhemah untuk mengelakkan dari berlakunya insiden keputusan bekalan air ataupun pencemaran terhadap bekalan air untuk kegunaan seharian kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya