Tiada sebab langkah kerajaan jadi kritikan - Utusan Malaysia

Tiada sebab langkah kerajaan jadi kritikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Negara terus memantau dan mendengar suara rakyat untuk disampaikan secara terus kepada Perikatan Nasional (PN) yang menerajui kerajaan hari ini.

Ini berikutan PN sudah menunjukkan komitmen luar biasa sejak setahun lalu bagi memastikan rakyat di negara ini tidak tercicir dalam aspek kebajikan susulan penularan pandemik Covid-19.

Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris antara lain menyifatkan kerajaan sebagai ‘Adi Wira Malaysia’ dalam mensejahterakan ekonomi kebajikan rakyat dan pemulihan ekonomi negara dengan memperkenal ekonomi secara berterusan melalui Program Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Katanya, tiada sebab setiap langkah yang diambil kerajaan menjadi sasaran kritikan sesetengah pihak kerana bantuan yang disalurkan adalah berpaksikan 20 inisiatif strategi bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

“Pastinya rakyat terus menarik nafas lega dan pengusaha-pengusaha sektor ekonomi dan industri negara dibantu sehabis baik dalam memastikan tiada kumpulan masyarakat yang tercicir.

“Rakyat juga tidak akan melupakan jasa dan pengorbanan PN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘Bapa Kesejahteraan Rakyat Negara’ yang sentiasa mendengar dan peduli terhadap nasib rakyat.

“Berpegangkan kepada amanah yang dipikul, maka sudah tentu tanggungjawab dan keikhlasan menjadi cerminan kepada keputusan yang efektif dan efisien,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan 20 inisiatif melalui Pemerkasa yang bernilai RM20 bilion iaitu program imunisasi Covid-19, tiada lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, penguatkuasaan perundangan yang ketat dan telus, pelaksanaan projek-projek kecil seluruh negara, Geran Khas Prihatin 3.0, Kemudahan Mikro Kredit, pengekalan pekerjaan dan insentif penggajian, merangsang semula sektor pelancongan dan peruncitan, mengurangkan beban syarikat dan memperkasa koperasi dan mengukuhkan persekitaran perniagaan.

Bantuan itu antara lain merangkumi automasi dan digitalisasi, mengurangkan jurang digital, menggalakkan pelaburan dan pasaran eksport, menggalakkan pelaburan dan pasaran eksport, menggalakkan pembiayaan mampan, menambahbaik program bantuan rentan bandar, RM30 juta untuk kaum wanita beralih ke pasaran digital, elaun RM1,500 sebulan untuk pekerja Orang Kurang Upaya (OKU), tambahan RM10 juta untuk memperkasa ekonomi belia dan penerusan subsidi bagi meringankan kos sara hidup. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya