Suntikan vaksin fasa pertama di Pahang selesai - Utusan Malaysia

Suntikan vaksin fasa pertama di Pahang selesai

WAN Rosdy Wan Ismail berucap pada majlis penyerahan bantuan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Ubai di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama membabitkan 32,000 dos di negeri ini selesai dilaksanakan melibatkan petugas barisan hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri ketika ini menunggu 370,000 lagi dos vaksin berkenaan dengan sasaran menyuntik individu berusia 60 tahun ke atas.

“Setelah fasa kedua selesai, kita akan teruskan fasa ketiga iaitu menyuntik vaksin kepada individu berusia 18 tahun ke atas dengan bekalan 700,000 dos.

“Oleh itu saya menyeru rakyat negeri ini agar segera mendaftar dengan MySejahtera untuk mendapatkan vaksin supaya kita dapat hidup kembali normal dan meningkatkan ekonomi yang terjejas sekarang.

“Jika enggan mengambil suntikan itu sudah pasti sukar bagi kita untuk memutuskan penularan Covid-19 walhal kerajaan sudah keluarkan banyak wang semata-mata untuk rakyat menerima vaksin,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Ubai di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, adalah penting bagi rakyat mendapatkan suntikan vaksin tersebut bagi mengembalikan kehidupan seperti biasa dan memulihkan ekonomi yang merudum akibat wabak itu.

“Kerajaan juga serius sehingga mewujudkan Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya bagi sesiapa yang menghasut individu lain agar tidak mengambil vaksin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya