SPRM kesan 3 individu bantu siasatan dua kes berasingan - Utusan Malaysia

SPRM kesan 3 individu bantu siasatan dua kes berasingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan tiga individu lelaki bagi membantu siasatan dua kes berasingan.

Dalam kes pertama, lelaki tersebut, Simon Gacou Fabian, 51, mempunyai alamat terakhir di Kampung Pantai, Jalan Haji Kudus, 87000 Labuan.

SPRM dalam kenyataan menjelaskan, selain itu, turut dikesan ialah Mohd Arif Fuad Enggip Abdullah, 36, dan mempunyai alamat terakhir di Kampung Purak, 89600 Papar, Sabah.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Jennifer Christopher di talian 016-203 8172 / 088-488381 atau emel ke alamat [email protected].

“Sementara itu dalam kes kedua, lelaki yang dikesan ialah Mohd. Nazim AG Abdullah, 45, dan mempunyai alamat terakhir di No.1, Lorong 4/3B, Taman Bukit Sepanggar, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Rajin Masran di talian 016-881 7679 / 088-488381 atau emel ke alamat [email protected],” katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN