Rangka program tarik minat rakyat daftar sebagai penerima vaksin - Utusan Malaysia

Rangka program tarik minat rakyat daftar sebagai penerima vaksin

Chow Kon Yeow (tiga dari kanan) menerima komputer yang disumbangkan Osram Opto Semiconductors (M) Sdn. Bhd untuk program E-Learning Computer di Komtar, Georgetown, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) perlu merangka program menarik supaya minat rakyat mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 akan meningkat.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pada masa ini rakyat dilihat masih mengambil sikap tunggu dan lihat untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.

”Mungkin JKJAV boleh merancang program seperti sesiapa yang terlebih dahulu membuat pendaftaran akan dapat terima vaksin ini lebih awal.

“Ini mungkin dapat menggalakkan orang ramai untuk membuat pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Malaysia kini berada dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang menyasarkan memberi vaksin kepada 500,000 petugas barisan hadapan antara hujung Februari hingga April depan.

Menurut Kon Yeow, pihaknya menjangkakan jumlah pendaftaran penerima vaksin Covid-19 di negeri ini bakal meningkat pada Mei hingga Jun ini.

“Ini kerana pada bulan berkenaan tarikh pemberian vaksin kepada golongan sasar menerusi fasa kedua dan ketiga program PICK semakin hampir, jadi mungkin pada masa ini lebih ramai akan mendaftar,” katanya.

Tambah beliau, setakat 7 Mac lalu seramai 5,172 petugas barisan hadapan di negeri ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu Kon Yeow berkata, beliau tidak mengalami kesan sampingan atau alahan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19, pada 28 Februari lalu dan sedang menunggu untuk menerima dos kedua suntikan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.