Polis giat kesan Sajat, mungkin 'bersembunyi' di luar negara - Utusan Malaysia

Polis giat kesan Sajat, mungkin ‘bersembunyi’ di luar negara

MUHAMMAD SAJJAD KAMARUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis akan terus mengambil langkah mengesan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang kini menghilangkan diri termasuk kemungkinan ‘bersembunyi’ di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pemantauan terhadap pergerakan Muhammad Sajjad yang lebih dikenali sebagai Sajat itu akan terus dilakukan termasuk dengan kerjasama polis Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Tindakan masih diambil untuk mengesan dia, ada berita mengatakan dia berada di luar negara tapi kita masih memantau.

“(Kes) Sajat adalah sebenarnya kerjasama di antara pihak Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan JAIS, ia masih dalam tindakan kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perasmian Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dekat sini semalam.

Yang hadir sama Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Kelmarin, Sajat menerusi rakaman ‘live’ di akaun Instagram miliknya menafikan bersembunyi sebaliknya hanya mendiamkan diri daripada media sosial Instagram malah mengatakan pihak polis tidak mencarinya kerana mempunyai urusan yang lebih penting.

Pada 23 Februari lepas, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung dakwaan menghina Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya