PM lawatan rasmi dua hari ke Sabah - Utusan Malaysia

PM lawatan rasmi dua hari ke Sabah

MUHYIDDIN Yassin menerima cenderahati dari Hajiji Noor semasa Program Bersama Pimpinan Masyarakat di Kota Kinabalu, Sabah. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini bagi lawatan rasmi dua hari ke Sabah.

Beliau tiba kira-kira pukul 6 petang dengan pesawat khas di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Ketibaannya disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

MUHYIDDIN Yassin memulakan lawatan ke Sabah dengan program pimpinan bersama rakyat di sebuah hotel di Kota Kinabalu. – UTUSAN/FAUZAN AZIMA

Ia lawatan sulung beliau ke negeri ini selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah September tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN