PKPD 4 tanah Felda di Pahang ditamatkan - Utusan Malaysia

PKPD 4 tanah Felda di Pahang ditamatkan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat skim tanah rancangan Felda di wilayah gugusan Jengka, Pahang ditamatkan lebih awal daripada jadual.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan pihak Kementerian Kesihatan mengesahkan hanya satu kes positif dikesan di lokaliti tersebut.

“Sehingga kini, sebanyak 471 ujian saringan dilaksanakan dan daripada jumlah tersebut, cuma satu dilaporkan di Felda Ulu Jempol, Maran,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Malah jelas beliau, semua kontak rapat selain kumpulan sasaran dalam kalangan penduduk kawasan itu telah dikenal pasti dan diasingkan oleh kementerian berkenaan.

Oleh itu katanya, setelah dibuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD berbanding tarikh sepatutnya iaitu pada 15 Mac depan.

Jelas beliau, ini melibatkan keseluruhan kawasan Felda Jengka 1 Anggerik, Felda Jengka 2 Cempaka, Felda Jengka 7 Kenanga dan Felda Ulu Jempol dalam Gugusan Jengka, Pahang.

Pewartaan PKPD di kawasan itu bermula pada 2 Mac lalu setelah sebanyak 46 kes positif direkodkan melibatkan Kluster Rantau Cempaka daripada perhimpunan besar ahli keluarga.

Bulan lalu sebuah kawasan tanah rancangan di Pahang iaitu Felda Triang 3, Bera yang membabitkan 1,356 penduduk dikenakan PKPD selama 14 hari bermula 18 Februari.

Ia turut meliputi Perumahan Estet Kelapa Sawit dan Taman Lamanda Permai di lokaliti itu susulan 79 kontak rapat yang dikenal pasti daripada sembilan kes positif wabak Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.