Perhimpunan Agung UMNO 27 dan 28 Mac ini - Utusan Malaysia

Perhimpunan Agung UMNO 27 dan 28 Mac ini

SHAHRIL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perhimpunan Agung UMNO yang telah ditangguhkan sebanyak dua kali sebelum ini akan diadakan pada 27 dan 28 Mac akan datang.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, agenda utama perhimpunan tersebut adalah untuk membincangkan mengenai bagaimana UMNO boleh mendekati dan memenangi hati rakyat dengan lebih baik daripada sekarang ini.

“Segala gerak kerja dan usaha UMNO sebagai parti siasah mestilah relevan kepada rakyat.

“Perhimpunan tersebut akan berjalan lancar secara maya dengan peraturan prosedur operasi standard (SOP) dan kaedah baharu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberi bayangan perhimpunan agung parti akan diadakan secara maya namun tarikh perhimpunan akan dimaklumkan kemudian seiring dengan perubahan berikutan pandemik Covid-19.

Menurut Shahril Sufian, lokasi persidangan sedang diperincikan kerana akan dijalanakan secara maya, tetapi ia akan tetap mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas ketika ditanya mengenai agenda-agenda lain yang akan dibincangkan dalam perhimpunan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya