Pengusaha restoran ikan singgang didenda RM1,500 - Utusan Malaysia

Pengusaha restoran ikan singgang didenda RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pengusaha restoran ikan singgang didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana gagal mendaftarkan perusahaan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), sejak dua tahun lalu.

Majistret, Norina Mahmud menjatuhkan hukuman itu selepas orang kena saman, Zulkalmul Hakem Mat Zin, 33, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut pertuduhan, dia selaku majikan utama didakwa gagal mendaftarkan perusahaannya itu dengan Perkeso dalam tempoh tidak melebihi 30 hari selepas menggaji seorang pekerja pada 1 Januari 2019.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di restorannya yang terletak di daerah ini kira-kira pukul 12.55 tengah hari pada 1 Oktober 2019.

Zulkalmul Hakem didakwa mengikut Seksyen 94 (g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Perkeso, Safarul Faizam Salleh manakala OKS pula tidak diwakili peguam.

Zulkalmul Hakem yang berang dengan kehadiran pengamal media membuat liputan kes pendakwaan tersebut telah membayar denda RM1,500 tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya