Penguat kuasa PBT kini layak terima vaksin Fasa 1 - Utusan Malaysia

Penguat kuasa PBT kini layak terima vaksin Fasa 1

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertugas di lapangan iaitu lokasi-lokasi awam di negeri ini layak memperoleh suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 Fasa 1.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu dipersetujui sebulat suara sewaktu dibangkitkan beliau pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Sehubungan itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengeluarkan garis panduan berhubung perkara itu bagi tindakan lanjut secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo menggesa Kerajaan Pusat mengiktiraf kakitangan PBT sebagai petugas barisan hadapan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 Fasa 1.

Dalam pada itu Kon Yeow berkata, kerajaan negeri komited dan sentiasa memantau kes jangkitan yang berlaku membabitkan sektor perkilangan di negeri ini.

Ujar beliau, Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan daripada keseluruhan 14 kluster aktif di negeri Pulau Pinang kini, lapan daripadanya melibatkan kluster sektor perkilangan.

Sehubungan itu jelas beliau, kerajaan negeri dengan kerjasama semua agensi berkaitan kini tertumpu ke arah kes-kes berulang di kilang-kilang seluruh negeri.

“Ini termasuk keperluan mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja dan penempatan pekerja khususnya.

“Kita juga berharap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dapat mempercepatkan pelaksanaan SOP keselamatan di tempat kerja dengan mengambil kira kos serta insentif perlu kepada pihak perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan industri kecil dan sederhana (IKS),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya