PDRM bukan pengakap untuk buat pertukaran - Utusan Malaysia

PDRM bukan pengakap untuk buat pertukaran

RAMLI (tengah) bersama ARJUNAIDI (kiri) dan Sharul Lalli dalam majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Selangor di Dewan Utama IPK Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan pasukan badan beruniform pengakap yang sewenang-wenangnya boleh memohon pertukaran kakitangan tanpa mempunyai alasan yang munasabah.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, untuk tahun lalu sahaja, pihaknya menerima lebih 14,000 permohonan pertukaran, yang mana perlu melihat kira-kira 1,200 borang setiap bulan.

Menurut Ramli, daripada jumlah tersebut, pihaknya telah meluluskan 60 peratus permohonan pertukaran di seluruh termasuk Sabah dan Sarawak dengan mempertimbangkan pelbagai faktor.

“Kita menerima banyak permohonan dan ada yang ditolak kerana tidak sampai lima tahun berkhidmat atau baru ditukar setahun. Ramai yang tidak faham dengan dasar pertukaran termasuk permohonan untuk balik ke kampung.

“PDRM bukan pengakap, suka pergi dan tidak suka mohon tukar. Kita tahu permohonan pertukaran tidak salah, tetapi jangan seperti itu.

“Buat masa ini, kita sedang memperbaiki dasar-dasar sedia ada supaya PDRM tidak sepanjang masa hendak menguruskan pertukaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir ke majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, Datuk Sharul Lalli Madsuki yang merupakan Timbalan Ketua Polis Melaka menerima penyerahan tugas daripada penyandang Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang kini dilantik Ketua Polis Selangor.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, pihaknya meluluskan permohonan pertukaran dengan melihat beberapa aspek antaranya mempunyai anak istimewa yang memerlukan perhatian dan merupakan anak tunggal yang perlu menjaga ibu bapa sakit.

Bagaimanapun, pihaknya juga melihat beberapa aspek kekangan yang menyebabkan permohonan pertukaran ditolak seperti faktor kewangan, penggiliran tugas bagi mengelakkan terlalu lama di sesuatu bahagian dan jawatan sensitif.

Mengulas lanjut, Ramli menjelaskan, penyertaan bukan bumiputera dalam PDRM masih rendah apabila daripada 129,000 anggota dan pegawai, hanya 1.9 peratus terdiri daripada kaum Cina dan 3.7 peratus India.

“Oleh demikian, sebab itu kita memberi kelonggaran syarat berhubung perlu memperoleh kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada mana-mana calon bukan bumiputera dan orang asli bagi memohon jawatan Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini bertujuan untuk kita sama-sama berganding bahu dan bertanggungjawab dalam menjaga keamanan negara.

“Malah, buat masa ini juga kita telah memohon untuk melonggarkan syarat daripada segi ketinggian untuk Orang Asli, malah, telah pun bekerjasama dengan hal ehwal Org Asli bagi menguar-uarkan keperluan kita,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya