Pas Sabah kekal sokong GRS - Utusan Malaysia

Pas Sabah kekal sokong GRS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pas Sabah kekal dengan pendirian untuk terus bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Aminuddin Aling berkata, parti itu tetap berpegang keputusan pimpinan pusat yang ingin memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN)

Malah katanya, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin secara jelas menyatakan setakat ini, parti itu mempunyai autonomi dan tidak terikat dengan situasi politik yang sedang berlaku di Semenanjung Malaysia.

“Begitu juga dengan pendirian Pas Sabah. Kita tetap bersama keputusan pimpinan Pas Pusat.

“Kita akan mempertahankan kerajaan negeri di bawah GRS yang terdiri daripada gabungan beberapa parti politik termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) serta beberapa parti lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Aminuddin berkata demikian susulan perkembangan politik yang berlaku di Kelantan iaitu UMNO membuat ketetapan memutuskan kerjasama dengan Bersatu dan meletakkan Pas berada dalam dilema untuk memilih bersama UMNO mahupun Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

Di Sabah, Pas tidak mempunyai kerusi Parlimen sebaliknya hanya mempunyai satu wakil ADUN dilantik dalam kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN