Pas mahu damaikan UMNO-Bersatu - Utusan Malaysia

Pas mahu damaikan UMNO-Bersatu

MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pas Pulau Pinang akan cuba memainkan peranan mendamaikan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini.

Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, sekali pun tidak dapat menyelamatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti itu, Pas negeri akan cuba memastikan tidak berlaku pertembungan calon UMNO dan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam masa sama beliau menegaskan, Pas Pulau Pinang tetap menjalin hubungan baik dengan UMNO dan Bersatu.

“Kami seboleh-bolehnya akan cuba mendamaikan UMNO dan Bersatu, paling tidak pun, supaya ada persefahaman biar hanya lawan dua penjuru pada PRU-15,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

UMNO termasuk di Pulau Pinang sebelum ini membuat keputusan untuk tidak mempunyai kerjasama politik dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama dengan Pas di bawah platform Muafakat Nasional (MN).

Malah UMNO Pulau Pinang juga bersedia berdepan calon Bersatu pada PRU-15 dalam pertandingan tiga penjuru.

Dalam masa sama, UMNO Pulau Pinang akan mengadakan pemukiman dengan pemimpin Pas negeri dalam masa terdekat bagi mengukuhkan MN selain membincangkan mengenai pengagihan kerusi untuk ditandingi antara kedua-dua parti itu pada PRU-15.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya