Mogesh terima Anugerah Pelajaran Diraja UMT - Utusan Malaysia

Mogesh terima Anugerah Pelajaran Diraja UMT

S. MOGESH (kiri) bersama Siti Diana Kamila Nadim (tengah) yang menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Bumiputera) berkongsi kegembiraan bersama Ali Rahim yang menerima Anugerah Pingat Emas Canselor dalam Majlis Konvokesyen ke-18 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diadakan secara hibrid di Dewan Sultan Mizan di Kuala Nerus hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Finalis Anugerah Belia Komanwel 2021, S. Mogesh, 24, terus mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini.

Mogesh yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) menerima pengiktirafan itu dalam Majlis Konvokesyen ke-18 UMT yang diadakan secara hibrid di Dewan Sultan Mizan di sini.

Turut menerima anugerah sama ialah graduan Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti), Siti Diana Kamila Nadim manakala Ali Rahim pula meraih Anugerah Pingat Emas Canselor.

Penyampaian anugerah disampaikan oleh Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.

Yang hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah universiti itu, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas dan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar.

Mogesh ketika ditemui pemberita berkata, penganugerahan itu menguatkan lagi semangatnya untuk terus memperjuangkan isu alam sekitar termasuk di peringkat antarabangsa.

Anak jati Kuala Lumpur itu memberitahu, inisiatif yang diasaskannya menerusi Project Ocean Hope hingga mengharumkan nama negara adalah hasil peluang dan ruang yang diberikan UMT untuk bergiat aktif dalam bidang kokurikulum, kelab, persatuan serta aktiviti sukarelawan.

“Saya akan terus memupuk kesedaran terutama dalam isu konservasi laut dan bakal melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang biologi molekul dan kejuruteraan genetik di Universiti Putra Malaysia (UPM), September ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya