Melaka kekal pengeluar ternakan katak terbesar di Malaysia - Utusan Malaysia

Melaka kekal pengeluar ternakan katak terbesar di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Melaka terus unggul sebagai negeri pengeluar ternakan katak paling tinggi di negara ini sepanjang tahun lepas jauh mengatasi pesaingnya, Pulau Pinang dan Perak.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Melaka menghasilkan 1,560,875 ekor katak pada tahun lalu.

Jumlah yang diternak tersebut meningkat sedikit sebanyak 34,875 ekor itik berbanding hanya 1,526,000 ekor haiwan amfibia itu telah direkodkan oleh agensi berkenaan pada 2019 lepas.
Secara keseluruhan, Malaysia berjaya menghasilkan sejumlah 1,775,847 ekor katak ternakan sepanjang tahun lalu, bertambah 39,247 ekor daripada sebanyak 1,736,600 ekor pada 2019.

Selain Melaka, hanya dua negeri lagi dikenal pasti DVS yang ada perusahaan penternakan katak komersial di Malaysia iaitu Perak dan Pulau Pinang, namun jumlahnya pula agak kecil.

Perak cuma mampu menghasilkan sejumlah 147,289 ekor katak pada tahun lepas, bertambah sedikit daripada tahun sebelumnya hanya 140,600 ekor haiwan spesies dua alam berkenaan.

Sementara itu, Pulau Pinang pula sekadar mengeluarkan sebanyak 67,683 ekor katak, merosot 2,317 ekor berbanding 70,000 ekor yang direkodkan pihak DVS pada tahun 2019.

Ternakan amfibia ini lebih kepada pembekalan makanan eksotik di restoran dan lazimnya menerima permintaan tinggi pelanggan yang gemar rasa dagingnya atas faktor kesihatan.

Bagaimanapun di Eropah, katak mula mendapat pasaran besar untuk hidangan di restoran mewah terutama baka gergasi Jawa dari Indonesia yang terkenal dengan khasiat kakinya,

Media antarabangsa melaporkan, sejumlah 160 juta kaki katak itu dibekalkan bagi tampung keperluan di seluruh Perancis setiap tahun untuk hidangan dikenali cuisses de grenouille.

Dianggarkan sebanyak 3.2 bilion ekor katak dieksport ke seluruh dunia setahun dengan pengguna terbesar ialah pelbagai negara anggota Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Seekor katak dewasa komersial mampu dijual pada harga cecah £10 atau RM57 di pasaran global dengan China dan Indonesia merupakan dua negara pengeksport utama haiwan itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.