Lelaki warga emas antara empat ditahan kerana mabuk - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas antara empat ditahan kerana mabuk

SEORANG pemandu kereta menjalani ujian saringan pernafasan dalam Op Mabuk di tiga daerah di Perak sejak Jumaat lalu hingga semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang warga emas antara empat lelaki ditahan setelah didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di tiga daerah di sini sejak Jumaat lalu hingga semalam.

Empat lelaki berusia 45 hingga 66 tahun itu ditahan dalam operasi di Manjung, Ipoh dan Taiping bermula pukul 10 malam hingga 4 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Zakaria Abd. Rahman berkata, keempat-empat mereka ditahan setelah gagal dalam ujian saringan pernafasan yang dijalankan.

Katanya, mereka yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam operasi serentak di tiga daerah itu, kita telah memeriksa 42 pengguna jalan raya dan 37 kenderaan.

“Sebanyak 17 saman atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan terutama bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan lampu brek ketiga tidak berfungsi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya