Ketangkasan Maznan dipuji, dihargai - Utusan Malaysia

Ketangkasan Maznan dipuji, dihargai

ZUHAIRI Ab. Kadir (kiri) menyampaikan surat penghargaan kepada Maznan Omar di Balai Polis Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Ketangkasan Ketua Polis Balai Bukit Tinggi, Sarjan Mejar Maznan Omar menyelamatkan seorang remaja perempuan yang cuba terjun dari jambatan di Bukit Tinggi di sini pada 16 Mac lalu, mendapat perhatian Trizure International (M) Sdn. Bhd.

Sebagai tanda penghargaan, Trizure menerusi Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir menyampaikan surat penghargaan kepada Maznan di Balai Polis Bukit Tinggi hari ini.

Zuhairi berkata, tindakan pantas Maznan dan anggota balai polis itu berjaya menyelamatkan remaja tersebut dari melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.

“Jadi hari ini kami tampil memberikan penghargaan kepada Maznan dan anggotamya yang sekali gus mengharumkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan membantu meningkatkan keyakinan awam,” katanya dalam kemyataan di sini hari ini.

Pada 16 Mac lalu, Maznan menyelamatkan remaja perempuan yang cuba terjun dari jambatan di Kilometer 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat susur Berjaya Hills Bukit Tinggi.

Video Maznan menyelamatkan remaja berusia 16 tahun itu dengan menarik remaja berkenaan dari belakang sebelum dibantu anggota polis tular di media sosial dan mendapat pujian ramai.

Mangsa didakwa tertekan selepas ditegur kerana sering bermain permainan video di telefon bimbit dan bapanya merampas telefon itu.

Ketika proses memujuk, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi berkenaan sempat berlari ke arah mangsa dan menariknya dari belakang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN