Kerajaan janji terus bantu rakyat terjejas pandemik - Utusan Malaysia

Kerajaan janji terus bantu rakyat terjejas pandemik

MUHYIDDIN Yassin (kanan) menyerahkan sijil Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Prihatin Pagoh kepada ahli NGO pada Majlis Sembang Santai bersama Masyarakat Mukim Sungai Terap, Bukit Pasir, Muar,Johor. UTUSAN/NUR ALINA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Kerajaan berjanji untuk terus komited membantu rakyat daripada pelbagai aspek bagi memulihkan semula kehidupan yang terjejas berikutan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan menggunakan segala keupayaan termasuklah meningkatkan usaha agar rakyat dapat mengecapi hidup normal seperti sebelum ini.

“Ini bebanan yang kerajaan sedang pikul, saya beri jaminan, insya-Allah selagi kita ada upaya, kita ada usaha, kita ada keupayaan dari segi kewangan sedikit sebanyak, segala-galanya akan kita gunakan untuk membantu supaya rakyat kembali hidup seperti masa-masa yang lepas.

“Buktinya, dalam tempoh setahun Covid-19 melanda negara, kerajaan sudah membelanjakan lebih RM600 bilion untuk membantu rakyat dengan sebahagiannya disalurkan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata demikian ketika berucap pada Program Sembang Santai bersama Masyarakat Mukim Sungai Terap di Warung Taufik, Sungai Terap di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir, Najib Lep dan ADUN Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Terdahulu, beliau turut mengumumkan pelancaran Pagoh Economic Zone sebagai membantu menjana pendapatan masyarakat.

Ujar Muhyiddin, kewujudan Pagoh Economic Zone berupaya menarik pelabur untuk merancakkan pelaburan ke kawasan ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya