Kenyataan Raja Petra tidak benar - Puad - Utusan Malaysia

Kenyataan Raja Petra tidak benar – Puad

Mohd.Puad (tengah) ditemani dua peguamnya hadir di membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu laporan polis dibuat terhadap penulis blog, Raja Petra Kamarudin berhubung kenyataan beliau di sebuah portal bertajuk AMC In Chous, Puad Chickens Out And Back Down pada 4 Mac lalu.

Laporan yang dibuat ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi itu adalah bagi siasatan dapat dilakukan terhadap pendedahan Raja Petra mengenai beberapa dokumen daripada peguam cara beliau dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Md. Yassin adalah sulit dan tidak sepatutnya disebarkan kepada umum.

Kata Mohd. Puad, malah kenyataan yang dilemparkan Raja Petra terhadap beliau di dalam laporan tersebut sama sekali adalah tidak benar.

“Surat-surat seperti peguam dan e-mel Mahkamah tidak sepatutnya berada di dalam miliknya.

“Dalam hal ini, dokumen-dokumen yang dikongsi adalah sulit dan peribadi, justeru agak mustahil ia berada di dalam simpanan beliau memandangkan dokumen tersebut tidak boleh diperoleh di laman awam,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Puad hadir bersama dua peguamnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 5.30 petang sebelum selesai membuat laporan dua jam kemudian.

Dalam pada itu, kata Mohd. Puad lagi, kenyataan yang dikeluarkan Raja Petra yang kononnya bahawa mahkamah memerintahkan saya supaya menurunkan hantaran yang dibuat saya sebelum ini atau akan dikenakan prosiding menghina mahkamah jauh sekali dengan fakta sebenarnya.

Malah kata beliau, apa sebenarnya yang berlaku adalah peguamnya telah menulis kepada mahkamah untuk satu klarifikasi bagi mendapatkan kepastian berkenaan dengan kehendak perintah injuksi yang diberikan oleh mahkamah ini.

“Ini kerana tuntutan peguam plaintif untuk saya memadamkan hantaran tersebut tidak disebut dengan jelas dalam perintah injuksi itu.

“Permohonan yang dibuat oleh peguam saya sama sekali tidak dilakukan bagi melengah-lengahkan pemantuhan perintah tersebut malah sejurus dimaklumkan mahkamah saya terus memadamkan hantaran itu,” jelasnya

Kata beliau, kenyataan dan penulisan Raja Petra seolah-olah sengaja ingin merosakkan imejnya dan seperti mahu orang awam dan mahkamah menghukum saya sedangkan saman Perdana Menteri kepada saya baru sahaja bermula beberapa hari lalu.

“Yang lebih mengusarkan kenyataan beliau mencampuri kuasa Hakim Mahkamah Tinggi dan menghina Institusi Kehakiman Negara,” tegasnya.

Dalam perkembangan sama, ujar Mohd. Puad, tindakan saman Muhyiddin terhadap dirinya adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan kepentingan awam dan kerajaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya