Kenaikan caruman pekerja dalam Perkeso dikaji - Utusan Malaysia

Kenaikan caruman pekerja dalam Perkeso dikaji

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang mengkaji untuk menaikkan kadar caruman pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Menterinya, Datuk Seri M.Saravanan berkata, kenaikan kadar caruman itu akan memberi manfaat kepada pencarum yang telah mencarum di bawah skim Perkeso.

Katanya,  kini rakyat telah sedar betapa pentingnya mencarum melalui perlindungan Perkeso, maka, kita perlu menaikkan sedikit kadar nilai caruman.

“Kemungkinan kita akan menaikkan sama ada satu atau dua ringgit sahaja dan menjamin kenaikan itu tetap tidak akan membebankan rakyat.

“Kita naikkan kadar caruman sebab perlindungan dan keselamatan pencarum di bawah skim Perkeso sudah diperluaskan,” katanya dalam sidang akhbar Memorandum Persefahaman (Mou) antara KSM dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) hari ini. 

MoU berkenaan adalah perjanjian di antara Perkeso dengan Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protégé) dalam pemerkasaan dan perluasan program Protégé, dan juga Perkeso bersama Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dalam perlaksanaan program caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). 

Mou itu merangkumi kolaborasi strategik di antara Pembangunan Sumber Manusia Bhd. (PSMB) bersama Institut Keusahawanan Negara (Insken) dalam memperkukuh dan meningkatkan kapasiti dan kemahiran usahawan melalui inisiatif pembangunan strategik. 

Dalam pada itu, Saravanan berkata, pelaksanaan kolaborasi strategik antara KSM dan Medac akan dapat membantu merancakkan kembali sektor keusahawanan, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

“Kolaborasi ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor keusahawanan yang lebih holistik,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.