Kanak-kanak dua tahun maut akibat lemas dalam besen - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dua tahun maut akibat lemas dalam besen

SEORANG warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Wan menunjukkan gambar cucunya yang maut akibat lemas di dalam besen ketika berada di rumah pengasuhnya sewaktu ditemui di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dilaporkan maut akibat lemas di dalam besen di bilik air rumah pengasuhnya di Batu Maung di sini pagi ini.

Difahamkan, kejadian berlaku petang semalam semasa mangsa berada di bawah jagaan pengasuh berkenaan.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu dilaporkan meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Mayat mangsa masih berada di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini bagi proses bedah siasat.

Nenek mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wan berkata, dia terkejut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian berlaku daripada anaknya.

“Saya terus bergegas dari Taiping ke sini sebaik sahaja menerima panggilan telefon,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HPP di sini pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp turut mengesahkan kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya