Kalimah Allah: KDN, Kerajaan fail rayuan - Utusan Malaysia

Kalimah Allah: KDN, Kerajaan fail rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Menurut salinan notis rayuan yang diperoleh media hari ini, notis tersebut difailkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Sementara itu, Peguam Cara Negara, Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi media mengesahkan bahawa notis rayuan berhubung keputusan mahkamah itu telah difailkan.

Pada 10 Mac lalu, Hakim Nor Bee Ariffin yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran namun tertakluk pada syarat-syarat tertentu.

Selain kalimah Allah, tiga lagi perkataan yang boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian ialah `Allah’, `Kaabah’, `Baitullah’ dan `solat’.

Ketika membaca penghakimannya, Hakim Nor Bee menyatakan berdasarkan polisi Kabinet pada 1986, empat perkataan tersebut boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian dengan syarat, di bahagian luar kulit buku-buku berkenaan perlu dituliskan ‘dengan syarat di luar kulit buku-buku itu ditulis untuk agama Kristian sahaja.’

Selain itu, Hakim Nor Bee ketika membaca penghakimannya selama hampir dua jam menyatakan, bahasa Malaysia merupakan bahasa pertuturan utama di Sabah serta Sarawak dan tidak dinafikan bahawa bahasa Malaysia dan kalimah Allah telah digunakan oleh penganut Kristian dalam mengamalkan ajaran mereka.

Hakim itu memutuskan demikian dalam semakan kehakiman yang difailkan oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill.

Jill Ireland memfailkan semakan kehakiman pada 2008 memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah dan relif bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya telah dihalang melalui sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.

Pada 2014, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan cakera padat itu dipulangkan namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya